Friday, October 17, 2008

Faktor-faktor Penyakit Jantung

Adakah anda tahu antara faktor-faktor yang menyebabkan penyakit jantung?

Antaranya ialah:

1) Merokok

2) Kegemukan

3) Tekanan Darah Tinggi

4) Diabetes

5) Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung



Statistik penyakit jantung berkaitan perokok:

1) 14% remaja adalah perokok

2) Di Malaysia 8% daripada 4.6 juta perokok adalah remaja dan 50-60 remaja mula

merokok setiap hari

3) Kini 1.2 bilion perokok di seluruh dunia

Separuh dijangkakan akan mati sebelum waktu yang sepatutnya akibat mendapat penyakit
berkaitan rokok seperti barah paru-paru, stroke & penyakit saluran udara tersumbat yang kronik. Di Malaysia sendiri, kes berkaitan paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun yang mana tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir 1/2 juta kes akibat penyakit koronori (jantung)


Takut dengan fakta di atas? Apakah langkah-langkah yang telah anda ambil untuk mengelakkan daripada perkara di atas?

5 langkah kesihatan ke arah sayangi jantung anda

1) Gaya hidup sihat
Amalkan gaya hidup yang sihat & seimbang. Gembira dengan apa yang anda
lakukan,dapatkan rehat dan senaman yang mencukupi .

2) Diet yang lengkap
Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.
Tambahkan diet anda dengan bekalan vitamin-vitamin dan antioksida tertentu secara
teratur dan baik yang membantu jantung anda. Antaranya adalah Vitamin E yang
merupakan salah satu makanan terbaik semulajadi bagi pencegahan penyakit jantung.

3) Berat badan yang ideal
Hindari makanan bergoreng dan beminyak.
Pengambilan lemat tepu berlebihan boleh sebabkan arteri jantung tersumbat.

4) Jauhi pengambilan tembakau dan kurangi alkohol
Perokok adalah 4 kali lebih cepat mendapat penyakit koronari (jantung) dan alkohol
berlebihan akan meningkatkan tahap lemak dalam darah ang akan menyebabkan tekanan
darah tinggi dan penyakit jantung

5) Senyum selalu dan berfikiran positif.

Adakah anda tahu cara memilihVitamin E iaitu makanan semulajadi bagi pencegahan
penyakit jantung? Nanti saya terangkan....

Wednesday, September 10, 2008

Senaman & Pemakanan

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Jim Fixx adalah seorang pelari berdedikasi yang menyertai larian jarak jauh di serata dunia-berlari 10 batu sehari. Beliau mengarang beberapa buku yang baik tentang larian dan buku beliau "The complete Book of Running" telah menjadi buku yang wajib untuk para pelari.
Pada 20 Julai 1984 , ketika berusia 52 tahun beliau meninggal dunia setelah diserang penyakit jantung. Satu kesalahan besar dalam cara hidupnya ialah kurang dalam menumpukan perkaitan yang wajar tentang pemakanan dalam dietnya.

Sesiapa saja akan memikirkan hayat dapat dipanjangkan jika lebih berhati-hati terhadap soal-soal pemakanan dan masyarakat kita pada hari ini kian mengambil berat tentang perkaitan soal pemakanan di samping juga senaman.

Jadi, "RAHSIA SIHAT" ANDA bukan sahaja dengan senaman sahaja tetapi juga dengan pengambilan makanan tambahan (supplement) .

Bagaimana untuk mendapatkan supplement yang terbaik? Nanti kita bincangkan lagi , ok

Thursday, August 28, 2008

Amalan Pemakanan Yang Baik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Anda tahu tak apakah amalan pemakanan yang baik? Ada 5 perkara iaitu:

1) Makan makanan yang beranika jenis
2) Mengekalkan berat badan yang sesuai
3) Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol
4) Makan makanan yang mempunyai kanji dan serat yang cukup
5) Elakkan pengambilan gula yang berlebihan

Tapi, sekarang kita ni susah betul nak jaga pemakanan kan? Asal sedap je terus nggapp...
Apapun , sekarang ni ramai juga dah mula menjaga kesihatan dengan mengambil supplement,
bagus tu....kita mesti fikir untuk SIHAT , ok

Sunday, August 24, 2008

Makna Sihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahu tak makna sihat? Jika kita demam untuk sehari dua,tak selera makan , badan lemah, lepas kita dah baik, baru kita faham maksud sihat, kan. Anak saya yang berumur 10 tahun, dah nak dekat seminggu demam & selsema , Alhamdulillah semalam dah beransur sihat. Hari ini , hari pertama selepas cuti penggal persekolahan , dapatlah dia bersekolah.... Ya, sihat tu amat-amat penting dalam hidup ini sebenarnya..... so, jagalah kesihatan selalu...