Friday, October 17, 2008

Faktor-faktor Penyakit Jantung

Adakah anda tahu antara faktor-faktor yang menyebabkan penyakit jantung?

Antaranya ialah:

1) Merokok

2) Kegemukan

3) Tekanan Darah Tinggi

4) Diabetes

5) Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung



Statistik penyakit jantung berkaitan perokok:

1) 14% remaja adalah perokok

2) Di Malaysia 8% daripada 4.6 juta perokok adalah remaja dan 50-60 remaja mula

merokok setiap hari

3) Kini 1.2 bilion perokok di seluruh dunia

Separuh dijangkakan akan mati sebelum waktu yang sepatutnya akibat mendapat penyakit
berkaitan rokok seperti barah paru-paru, stroke & penyakit saluran udara tersumbat yang kronik. Di Malaysia sendiri, kes berkaitan paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun yang mana tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir 1/2 juta kes akibat penyakit koronori (jantung)


Takut dengan fakta di atas? Apakah langkah-langkah yang telah anda ambil untuk mengelakkan daripada perkara di atas?

5 langkah kesihatan ke arah sayangi jantung anda

1) Gaya hidup sihat
Amalkan gaya hidup yang sihat & seimbang. Gembira dengan apa yang anda
lakukan,dapatkan rehat dan senaman yang mencukupi .

2) Diet yang lengkap
Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.
Tambahkan diet anda dengan bekalan vitamin-vitamin dan antioksida tertentu secara
teratur dan baik yang membantu jantung anda. Antaranya adalah Vitamin E yang
merupakan salah satu makanan terbaik semulajadi bagi pencegahan penyakit jantung.

3) Berat badan yang ideal
Hindari makanan bergoreng dan beminyak.
Pengambilan lemat tepu berlebihan boleh sebabkan arteri jantung tersumbat.

4) Jauhi pengambilan tembakau dan kurangi alkohol
Perokok adalah 4 kali lebih cepat mendapat penyakit koronari (jantung) dan alkohol
berlebihan akan meningkatkan tahap lemak dalam darah ang akan menyebabkan tekanan
darah tinggi dan penyakit jantung

5) Senyum selalu dan berfikiran positif.

Adakah anda tahu cara memilihVitamin E iaitu makanan semulajadi bagi pencegahan
penyakit jantung? Nanti saya terangkan....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home