Thursday, August 28, 2008

Amalan Pemakanan Yang Baik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Anda tahu tak apakah amalan pemakanan yang baik? Ada 5 perkara iaitu:

1) Makan makanan yang beranika jenis
2) Mengekalkan berat badan yang sesuai
3) Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol
4) Makan makanan yang mempunyai kanji dan serat yang cukup
5) Elakkan pengambilan gula yang berlebihan

Tapi, sekarang kita ni susah betul nak jaga pemakanan kan? Asal sedap je terus nggapp...
Apapun , sekarang ni ramai juga dah mula menjaga kesihatan dengan mengambil supplement,
bagus tu....kita mesti fikir untuk SIHAT , ok

Sunday, August 24, 2008

Makna Sihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahu tak makna sihat? Jika kita demam untuk sehari dua,tak selera makan , badan lemah, lepas kita dah baik, baru kita faham maksud sihat, kan. Anak saya yang berumur 10 tahun, dah nak dekat seminggu demam & selsema , Alhamdulillah semalam dah beransur sihat. Hari ini , hari pertama selepas cuti penggal persekolahan , dapatlah dia bersekolah.... Ya, sihat tu amat-amat penting dalam hidup ini sebenarnya..... so, jagalah kesihatan selalu...